Friday, July 24, 2009

Penjabaran Singkat Penyakit Kelamin

DEFINISI
Apakah penyakit kelamin?
Penyakit kelamin boleh disebarkan melalui perhubungan seks. Ia juga dikenali sebagai Sexually Transmitted Disease (STD) atau Venereal Disease (VD). Organisme yang menyebabkan penyakit kelamin adalah terdiri daripada bakteria, virus, atau fungus.


PENYEBAB
Apakah Jenis-Jenis Penyakit Kelamin?
Berikut adalah jenis-jenis dan penyebabnya :
- STD disebabkan oleh Organisma.
- Gonorea disebabkan oleh Bacteria Neisseria Gonorrhoeae.
- Sifilis disebabkan oleh Bacteria Treponema Pallidum.
- Non-gonococcal urethritis (NGU) disebabkan oleh Chlamydia Trachomatis.
- Vaginal disebabkan oleh Candidiasis Candida Albicans (Fungus).
- Genital Herpes disebabkan oleh Herpes Simplex Virus type 1 & 2.
- Genital Warts (ketuat kemaluan) disebabkan oleh Human Papilloma Virus.
- HIV/AIDS disebabkan oleh Human Immunodeficiency Virus.
- Hepatitis B disebabkan oleh virus Hepatitis B.
- Trichomoniasis disebabkan oleh Trichomonas Vaginalis.



PENYEBARAN
Bagaimanakah penyakit kelamin merebak?
Penyakit kelamin merebak melalui :
  • Hubungan seks.
  • Hidup berdampingan dengan individu yang telah terjangkit.
Beberapa jenis penyakit kelamin bisa tertular melalui cairan tubuh (sperma dan cairan faraj) daripada individu yang telah dijangkiti contohnya HIV, Hepatitis B, NGU dan gonorea.

Sementara itu, jangkitan penyakit kelamin seperti Sifilis, Herpes, dan Warts bisa merebak melalui sentuhan kulit. Penyakit Sifilis, Hepatitis B, dan HIV bisa merebak melalui ibu yang telah dijangkiti virus tersebut kepada bayinya ketika dalam rahim atau sewaktu dilahirkan, penagih berkongsi jarum atau pemindahan darah yang dijangkiti.


GEJALA
Apakah tanda-tanda dan gejala-gejala penyakit kelamin?
Ia bergantung kepada jenis dan peringkat jangkitan tersebut. Kadangkala penderita tidak memiliki tanda-tanda atau gejala (dikenali sebagai Asymptomatic Infection).
Tanda-tanda jangkitan ini antara lain:
  • Cairan dari kemaluan,
  • Sakit ketika buang air (kencing),
  • Luka atau ulser di bahagian kemaluan,
  • Ketumbuhan di bahagian kemaluan,
  • Bengkak kelenjar limfa di bahagian pangkal peha,
  • Ruam di bahagian kemaluan dan anggota badan,
  • Mata berair bagi bayi yang dijangkiti,

DIAGNOSA
Bagaimanakah diagnosis atau pengesahan penyakit kelamin dilakukan?
Ujian darah dapat mengesahkan beberapa penyakit kelamin termasuk Sifilis, Hepatitis B, dan HIV. Ada juga yang dapat ditularkan melalui keringat atau membran mukus.


KOMPLIKASI
Apabila tidak dirawat sejak dini, jangkitan kuman akan merebak ke organ lain menyebabkan komplikasi:
  • Bagi lelaki, boleh merebak ke bahagian testis, vesikel semen dan kelenjar prostat lalu menyebabkan kesakitan dan kemandulan.
  • Bagi wanita, ia boleh mengakibatkan kemandulan, mengandung luar rahim atau jangkitan pelvis.
  • Bagi bayi, jangkitan herpes boleh menyebabkan buta atau terencat akal.
    Congenital Syphilis pada bayi menyebabkan kecacatan semasa kelahiran. Terdapat beberapa jenis ketuat kemaluan menyebabkan kanker. Sebanyak 5-10 persen penghidap Hepatitis B menjadi pesakit kronik dan beresiko tinggi untuk terjangkiti kanker hati.

PENANGANAN
Penyakit kelamin boleh diobati dengan antibiotik, obat anti-virus atau anti-parasit. Lebih daripada satu obat diperlukan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit kelamin, namun tidak semua penyakit kelamin dapat disembuhan. Setengah penyakit kelamin boleh dirawat berdasarkan gejala-gejala seperti ulser di kemaluan, lelehan dari uretra dan faraj. Biasa disebut sebagai 'Modified Syndromic Approach'(MSA) yang terdapat di klinik-klinik kesehatan.

Penanganan sejak awal bisa mencegah penyebaran dan komplikasi :
  • Dapatkan perawatan segera dari dokter dengan antibiotik yang sesuai.
  • Jauhkan diri dari hubungan seks dengan istri Anda sebelum dokter menyatakan bahwa Anda telah sembuh.
  • Jangan melakukan perawatan sendiri, kerana dapat memperburuk gejala jangkitan dan menyebabkan komplikasi akibat perawatan yang tidak lengkap.
  • Pastikan pasangan anda mendapatkan pemeriksaan lanjut supaya rawatan awal dapat diberikan sekiranya dia dijangkiti.

PENCEGAHAN
  • Tidak melakukan hubungan badan di luar pernikahan.
  • Bersabar untuk tidak melakukan hubungan badan dengan istri Anda, sebelum dokter menyatakan Anda telah sembuh.
  • Dapat diberikan suntikan pencegahan Hepatitis B sejak awal.
thumbnail
Judul: Penjabaran Singkat Penyakit Kelamin
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh

Artikel Terkait Penyakit Kelamin :

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2013. About - Sitemap - Contact - Privacy
Template Seo Elite oleh Bamz